This is BizOppers

Archive for 2011

SEJARAH PERSATUAN

Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai ‘Guru Utama.’ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang. 

-Silat Sendeng founded by Allahyarham Long Mamat and expanded by Allahyarham Haji Hamid bin Haji Hamzah, named this silat by Seni Silat Sendeng Muar. First center under Allahyarham Haji Hamid is born at Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. After Allahyarham Haji Hamid past away on 19 May 1990, his younger brother, Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah was choosen to lead Seni Silat Sendeng and replaced as ‘Guru Utama’ (Grandmaster). On 11 July 1992, Seni Silat Sendeng Muar was register by the name ‘Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia’ with combining 7 branch of country like Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan. Now, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia has 42 training center in Malaysia and was born at lease 48 an expert instructor. Totally all members join or register to learn Seni Silat Sendeng is 2,240 members.

-Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.

-Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) developed another training center at Kelantan, Sabah and Labuan. Under Allahyarham Haji Ismail leadership many things change and blaze like ideas and management. Every year PSSSM joins Wajadiri Programme organized by Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia like matial art event, course, physical and charity activity. PSSSM are almost make appearence at ‘Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan’ (National Martial Art Tournement) every year. PSSSM also makes a own tournament or event like Sendeng Full Contact (Sendeng Sparring), Silat Seni and other activity physical also charity.

-Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002. Tempatnya pula diamanahkan kepada Guru Utama yang seterusnya setelah dipilih oleh ahli majlis dan persetujuan semua ahli-ahli PSSSM, Haji Ismail bin Haji Sa’din atau di kenali Tok Sidang untuk menerajui PSSSM dari tahun 2002 hingga kini.

-After 10 years serve to PSSSM, Allahyarham was past away on 22 March 2002. Now, Haji Ismail bin Haji Sa’din be selected and agree by all senior members as the new ‘Guru Utama’ (Grandmaster) from 2002 until now.

-AL-FATIHAH buat semua guru-guru yang mengembangkan ilmu persilatan ini. - AMIN
AL-FATIHAH to all master because developed PSSSM until today - AMIN

Salasilah / Genealogy PSSSM



click on pictures for enlarge view
klik pada gambar di atas untk besarkan


Continue Reading

PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG


Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah :

SENI 
adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT
ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG
merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak atau menyerang berposisi mengiring.

Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya 'Sendeng' terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu 'SEN dan'DENG'.

SEN '
singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.

DENG '
(atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan.

Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi.

Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.
Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".


Continue Reading

TRAGEDI NGERI PENDEKAR UTARA

KITA MERASA KEHILANGAN BESAR BILA DIKEJUTKAN DENGAN BERITA KEMALANGAN JALANRAYA YANG MELIBAT 5 PENDEKAR, KEMALANGAN TERSEBUT BERLAKU DISEBABKAN VAN YANG DINAIKI OLEH MEREKA DIPERCAYAI CUBA MENGELAK LEMBU BESAR, APA-APAPUN SAYA BAGI PIHAK PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TERBABIT.. AL-FATIHAH...


Continue Reading

Heartbeat Tambah Pendapatan Selain Nuffnang

Assallammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebelum memulakan entry, kat sini nak inform dulu..
STATUS NUFFNANG TAKKAN TERJEJAS KALAU KORANG REGISTER HB NIH... SO JOMLAH TAMBAHKAN PENDAPATAN..”

Nak ajak blogger2 yg sudi dan yg masih belum join ne lagi..sila lah…xperlukan bayaran…FOC je nak masuk ne..Sebab..
image
Menarikkan…hehe, senang dan mudah nak buat semua itu.. Kejap ke akaun korang akan penuh nanti.
STEP MUDAH..

1) klik  <<<HEARTBEAT!!>>>
2) klik icon <<<HEARTBEAT!!>>>
3) klik create account
4) Masukkan Password Email Adress 
5) klik di kotak "I Agree"
6) klik continue
7) bile dah create account klik di Join HB!Affiliate
8) klik online application pastu isi semua maklumat yg die nak
9) bila da isi klik My HB!Affiliate utk dapatkan code iklan yg nak letak di blog 
10) klik di get a code
11) lepastu copy paste je code yg die dah bagi tu kt add a gadget blog korang
12) bile dah save maknanye dah siaplah... korang blehlah promote utk kengkawan korang klik HB korang
Mudahkan step dia..Cepat2 jOin <<<HEARTBEAT!!>>> dan tambahkan pendapatan blog anda semua!!

Moshi-moshi: Pasne nak tunggu duit >>>HEARTBEAT!!<<< pulak…hehe..korang jangan jeles eh..


Continue Reading

Adab dan Tatcara Seni Sendeng

Silat dalam ertikata yang luas tidak sahaja terhad kepada seni beladiri semata-mata malahan mengandungi cirri-ciri warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu sejak beratus tahun yang lalu. Disini dipaparkan sebahagian dari tatacara dan warisan tersebut yang menyentuh adab belajar, rukun perguruan, tatacara berpakaian dan peralatan gendang silat.

Adab Belajar

Sebagai salah satu daripada warisan budaya Melayu yang berlandaskan syariat Islam, Seni Silat Sendeng amat menekankan adab-adab yang seharusnya diamalkan semasa mempelajari dan mempraktikan Seni Silat Sendeng. Adab belajar disimpulkan oleh Haji Abdul Hamid melalui kata-kata berikut:-

"Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat, ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "

"Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila."

"Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita."

"Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang."

Rukun Perguruan

Rukun atau dasar asas di dalam Seni Silat Sendeng Malaysia ialah:-
  • Mentaati perintah Allah dan rasul, anjuran dan suruhan Nya serta menghindari segenap larangan dan cegahan serta yang dicela Nya.
  • Menyantuni kedua Ibubapa, Guru-guru, Jurulatih (lama dan baru), keluarga tua, sebaya dan muda serta rakan seperguruan.
  • Memelihara maruah dan kehormatan Seni Silat Sendeng Malaysia dan kerukunan hidup kekeluargaan dan kemasyarakatan.
  • Menjauhi sifat-sifat takbur, ujub, riak, hasad sesama insan dan menghindari dari pertelagahan sesame seperguruan dan berlawan dengan orang lain, melainkan dalam keadaan terdesak dan tercabar.
  • Menghormati budaya Silat Melayu yang lain serta seni bela diri bangsa asing.

Permainan Gendang Silat

Penggunaan bunti-bunyian atau muzik (gendang) memang wujud sejak dahulu lagi. Muzik digunakan untuk mengiringi latihan, persembahan serta majlis adat istiadat.

Di dalam Seni Silat Sendeng, kumpulan muziknya terdiri dari empat orang iaitu dua orang daripadanya memukul gendang (gendang ibu dan gendang anak), seorang meniup serunai dan seorang lagi memalu gong. Terdapat tiga irama atau rentak asas yang dimainkan semasa mengiringi persembahan seni silat sendeng iaitu :-
  • Gendang Rentak Inai
  • Gendang Rentak Pahlawan
  • Gendang Rentak Sendayung


Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...